Home » Kategori Teaching For Games Understanding (TFGU)

Kategori Teaching For Games Understanding (TFGU)



Teaching For Games Understanding (TFGU)  dikategorikan kepada empat kategori utama:



  1. Sasaran (Target)

Objek ditempatkan pada sasaran atau pelajar mendekati sasaran untuk mendapatkan mata.  Sasaran permainan berfokus kepada tempat sasaran.  Contoh permainan adalah seperti boling, memanah  dan golf.  Permainan seperti ini dapat mengembangkan kemahiran taktikal seperti ketelitian dan fokus


      2.   Striking/Fielding

Perlawanan bersemuka dua pihak iaitu pasukan striking dan fielding.  Pasukan striking perlu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan markah dan pasukan fielding harus berhempas pulas menghalang pasukan striking mendapatkan mata.   Kaedah pengumpulan mata adalah melalui larian yang selamat atau jumlah pukulan yang dibuat dalam satu masa atau pusingan yang ditetapkan.  Contoh permainan adalah ragbi, softball dan kriket.  Kemahiran taktikal seperti teknik kecergasan fizikal dan kerjasama dalam pasukan diperlukan.


      3.   Jaring/dinding (net/wall)

Permainan di atas jaring atau menghentam dinding.  Kedua-dua pihak bermain dengan alat manipulasi seperti bulu tangkis atau bola.  Mata diperolehi apabila objek dihantar kepada pihak lawan dan tidak dapat disambut semula oleh pihak lawan.  Contoh permainan adalah badminton, squash dan ping pong.


       4.   Serangan (Invasion)

Dimainkan secara berpasukan.  Dalam kerangka masa tertentu, pemain hendaklah masuk ke dalam kawasan pihak lawan dan mengumpulkan mata.  Contoh permainan adalah bola sepak, bola keranjang dan bola baling.





*Jika anda menyukai Entry ini, silalah klik 'LIKE' dan 'SHARE' button untuk dikongsi bersama rakan anda di FaceBook~

No comments:

Post a Comment