Teknik Teaching For Games Understanding (TFGU) dihasilkan daripada pemerhatian David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 di Universiti Loughborough. Setelah mendapati pengajaran pendidikan jasmani tradisional kurang menarik minat pelajar. Ia diaplikasikan sebagai pendekatan penyelesaian masalah melalui teknik bermain sambil belajar. Pelajar akan didedahkan dengan teknik pembelajaran di dalam suasana bermain di mana mereka bebas untuk berseronok dan meneroka menggunakan model yang dipantau oleh guru.
Ini juga bermakna mereka dapat menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri secara maksimun. Ini selaras dengan ciri-ciri kurikulum abad ke 21 yang mengandungi elemen kemahiran berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif dalam menyelesaikan masalah dan sentiasa berdaya saing. Teknik Teaching For Games Understanding (TFGU) memfokuskan pendekatan taktikal secara tidak langsung seperti cara berfikir, menyelesaikan masalah, berinisiatif sebelum menggunakan kemahiran yang rigid sifatnya. Teknik yang digunakan harus merangsang minda pelajar tentang pelajaran tersebut berbanding menggunakan teknik pengajaran secara langsung.
Pendekatan bersifat kemahiran lebih mengutamakan kebolehan menguasai teknik tertentu dan bukannya kegembiraan untuk menjadi sebahagian daripada teknik itu. Maka ia akan mengurangkan motivasi dan keseronokan pelajar untuk menikmati proses pembelajaran dan seterusnya menghilangkan minat mereka. Model pengajaran gabungan Bunker and Thorpe’s Teaching Games for Understanding yang menekankan konsep berfikir, mengajar, berlatih dan seterusnya bermain dengan rasa seronok.
*Jika anda menyukai Entry ini, silalah klik 'LIKE' dan 'SHARE' button untuk dikongsi bersama rakan anda di FaceBook~
No comments:
Post a Comment