Home » » BAB 3 ELEKTRIK : SUMBER DAN KEGUNAAN ELEKTRIK [KHB TINGKATAN 1]

BAB 3 ELEKTRIK : SUMBER DAN KEGUNAAN ELEKTRIK [KHB TINGKATAN 1]


KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
TINGKATAN 1
BAB 3
ELEKTRIK
[SUMBER DAN KEGUNAAN ELEKTRIK]




3.0 MAKSUD ELEKTRIK



  • Elektrik ialah tenaga
  • Elektrik ialah pergerakan elektron dalam pengalir
  • Elektrik boleh didapati dalam dua bentuk arus iaitu arus terus dan arus ulang alik
  • Elektrik yang dibekalkan kerumah-rumah adalah sebanyak 220-240V dalam bentuk arus ulang alik (AC/AU).
  • Di Malaysia elektrik dibekalkan oleh TNB (Tenaga Nasional Berhad).


  • 3.1 SUMBER DAN KEGUNAAN ELEKTRIK

    3.1.1 SUMBER ELEKTRIK

    A. Kemagnetan

    -Kemagnetan Sebagai Sumber Elektrik
    -Hasilkan elektrik dengan menggerakkan sebatang magnet di dalam gegelung wayar
    -Contoh :

    a. Dinamo Basikal




    i)  Dinamo basikal menghasilkan voltan 6 volt - 12 volt
    ii) Arus elektrik yang dihasilkan oleh dinamo ialah arus ulang alik (AU/AC)
    iii)Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh dinamo ialah hasil daripada aruhan kemagnetan

    iv)Bahagian Dinamo Basikal



    v) Prinsip Kendalian Dinamo

    1)  3 bahagian dinamo : magnet kekal, teras besi dan gegelung wayar
    2)  gegelung wayar dibuat daripada lilitan wayar kuprum
    3) dinamo dikendalikan atas prinsip aruhan magnet
    4) Magnet di dalam dinamo basikal berputar dalam satu arah. Aruhan medan magnet menghasilkan arus elektrik pada gegelung wayar
    5)  teras besi mengembangkan medan magnet


    b. Turbin




    - turbin : alat yang mempunyai rotor yang dapat diputar oleh aliran air, stim atau angin
    - turbin menukarkan tenaga kinetik kepada tenaga mekanikal, menggerakkan pam air dan penjana elektrik
    - rotor : bilah-bilah kipas yang dipasang pada gandar. Gandar dihubungkan dengan penjana elektrik.


    B. Tindakan kimia

    - Tindakan Kimia Sebagai Sumber Elektrik
    - Contoh :



    a. Sel Kering

    i)   Sel kering menghasilkan voltan 1.5 volt
    ii)  Dua sel kering yang disambungkan secara siri akan menghasilkan 3.0 volt


    iii) Arus elektrik yang dihasilkan oleh sel kering ialah arus terus (AT/DC)
    iv) Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh sel kering adalah daripada hasil tindak balas kimia
    v)  Sel kering digunakan pada alatan elektrik mudah alih berkuasa rendah - seperti lampu picit, jam loceng, alatan permainan

    vi) Bahagian Sel kering



    - karbon : punca positif
    - elektrolit : campuran ammonium klorida dan mangan dioksida.
    - zink : punca negatif
    - tindakbalas kimia antara elektrolit dan bekas zink menghasilkan arus elektrik

    vii) Jenis- Jenis Sel :-
    1. Sel Alkali
    2. Sel merkuri
    3. Sel lithium
    4. Sel nikel kadmium


    b. Sel Basah




    i)   Sel basah biasanya menghasilkan voltan 6.0 volt, 12 Volt dan 24 volt
    ii)  Sel basah boleh dicas semula dengan alat pengecas bateri
    iii) Sel basah lebih dikenali sebagai bateri
    iv) Sel basah digunakan di dalam kenderaan seperti motor, kereta, lori dan bas
    v)  boleh dicas semula


    vi) Bahagian sel basah


    A = Plat positif (plumbum peroksida) , B= Terminal positif , C = Penyelang , D = Plat negatif (plumbum) , 
    E = Elektrolit (Asid Sulfurik Cair), F= Terminal Negatif


    - sel asid plumbum terdiri daripada :
    i. plumbum peroksida – elektrod positif
    ii. Plumbum – elektrod negatif
    iii. Asid sulfurik – elektrolit (bahan kimia dalam sel yang dapat hasilkan tenaga elektrik semasa tindakbalas kimia.



    C. Cahaya




    i)   Cahaya Sebagai Sumber Elektrik



    ii)  Bahan kimia seperti selenium, natrium dan kalium dapat ditukarkan kepada tenaga elektrik apabila   menerima cahaya.
    iii) Sel foto/solar yang terima cahaya matahari akan hasilkan tenaga elektrik
    iv) Jika keamatan cahaya tinggi, arus elektrik juga tinggi




    3.1.2 KEGUNAAN ELEKTRIK


    i) Hasilkan Haba

    -Tukarkan tenaga elektrik kepada tenaga haba
    -Contoh alat : seterika, periuk nasi, cerek


    ii) Hasilkan Tenaga Kinetik

    -Tukar tenaga elektrik tenaga kinetik
    - Contoh : mesin basuh, kipas angin


    iii) Hasilkan Cahaya

    -Tukar tenaga elektrik tenaga cahaya
    -Contoh, lampu ada 2 jenis :

    a. Lampu pijar
    - guna filamen untuk menukar tenaga elektrik kepada tenaga cahaya

    b. Lampu pendarflour :
    - tiub lampu pendarflour berisi gas argon dan merkuri
    - arus yang mengalir melalui campuran gas argon dan merkuri menghasilkan sinaran ultra ungu, tukar cahaya putih bila terkena lapisan fosfur


    iv) Hasilkan Bunyi

    -Tenaga elektrik tenaga bunyi
    -Alat : televisyen, pembesar suara, radio








    *Jika anda menyukai Entry ini, silalah klik 'LIKE' dan 'SHARE' button untuk dikongsi bersama rakan anda di FaceBook~

    10 comments:

    Anonymous said...

    bagus

    nggek said...

    SAYA COPY.. MINTA IZIN

    Anonymous said...

    aku copy siallllllllll hahahahahahhaahahahah

    Anonymous said...

    anjingn is akmal la siall ahahahahhah

    Anonymous said...

    anjing is akmal

    pewdiepie said...

    wtf is this language

    Anonymous said...

    Fxxk u rascals

    yuven said...

    good blog

    Anonymous said...

    Useful informations..Thank you very much..��

    liana ana said...

    Sedihnya aq form 1 belajar ekonomi rumah tangga pindah pindah skolah kene blajar perdagangan .. tahun ni form 2 periksa ade keluar form1 perdangan lak haih....

    Post a Comment