Home » » BAB 4 KERJA PAIP : JENIS PAIP, PENYAMBUNG PAIP DAN BAHAN PEMASANGAN PAIP [ KHB TINGKATAN 1 ]

BAB 4 KERJA PAIP : JENIS PAIP, PENYAMBUNG PAIP DAN BAHAN PEMASANGAN PAIP [ KHB TINGKATAN 1 ]


KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
TINGKATAN 1
BAB 4
KERJA PAIP
[ JENIS PAIP, PENYAMBUNG PAIP DAN BAHAN PEMASANGAN PAIP ]




B) Jenis Paip, Penyambung Paip dan Bahan Pemasangan Paip


Jenis Paip


1. Paip besi bergalvani (BG)

• Diperbuat daripada keluli yang bersadur dengan zink.
• Saiz paip BG ditentukan oleh ukuran diameter bahagian dalam batang paip
• Saiz yang biasa untuk kegunaan di rumah ialah 13mm dan 20 m dengan panjang 6 meter.
• Untuk kegunaan perpaipan industri dan loji pula, saiz yang biasa digunakan ialah 25 mm, 32 mm, 38 mm dan 50 mm.
• Hujung paip BG diulir untuk tujuan penyambungan dan pemasangan.




Gred
Ketebalan
Kod warna
Kegunaan
A
Nipis
Perang
Paip Limpah
B
Sederhana
Biru
Paip Agihan
C
Tebal
Merah
Paip perhubungan dan paip perkhidmatan






2. Paip polivinil klorida (PVC)

• Diperbuat daripada plastik polivinil klorida (PVC)
• Digunakan untuk paip agihan, paip cuci dan paip limpah
• Ringan dan mudah dikendalikan tetapi tidak sesuai untuk menyalurkan air panas.
• Saiz paip PVC di pasaran ialah 13 mm, 20 mm, 25 mm, 32 mm dan 50 mm.
• Panjang piawaian paip PVC ialah 6 m.




3. Paip Poli (HDPE)


boleh dilentur dan tahan cuaca panas dan hujan.
berwarna hitam, lebih kuat daripada PVC, tidak berkarat, ringan dan boleh digulung.
ketebalan dalam satu saiz tetapi mempunyai diameter pelbagai.
lebih mahal dan tidak boleh ditegakan.
apabila penyambungan dibuka, hujung paip perlu dipotong kerana terdapat kesan pencengkam pada hujung paip itu.
boleh dipotong menggunakan pemotong paip PVC atau gergaji.
penyambungan tidak memerlukan glu kerana terdapat sleeve dalam penutup untuk mencengkam paip poli.
di dalam sleeve terdapat gelang getah.





Penyambung Paip





Bahan Pemasangan Paip


1. Pita PTFE

untuk sambungan paip yang berulir.
dililit pada ulir mengikut arah pusingan jam sebelum penyambung dipasang pada paip.







2. Glu Paip PVC (simen pelarut)

bahan perekat cecair yang dijual dalam tin.
disapu pada paip atau pemyambung PVC yang tidak berulirsebelum pemasangan dilakukan.




Sambungan :

- Sistem bekalan air di rumah
- Jenis Paip, Penyambung Paip dan Bahan Pemasangan Paip
- Jenis dan Kelengkapan Paip
- Tangki Simbah dan Pili
- Kerja Penyanggaraan




*Jika anda menyukai Entry ini, silalah klik 'LIKE' dan 'SHARE' button untuk dikongsi bersama rakan anda di FaceBook~

17 comments:

Anonymous said...

mana tempat nak dptkan KEE KLAMP bro...semua kedai HARDWARE takdop jual...boleh bantu

Anonymous said...

thanks..bnyk membantu..:)

Anonymous said...

Nice ! Thanks for help!

Anonymous said...

thanks for the information!

六魔许若 oracion shiro said...

Terima kasih, thank you

Unknown said...

terima kasih ini membantu saya dlm pt3 tahun 2015

drarchlab@usm said...

Terima kasih, informasi di dalam blog 'Nota, Nota, Nota' dihasilkan Encik Aatook ini sangat baik dan bermanfaat sekali. Bukan hanya untuk pelajar sekolah khususnya, bahkan untuk semua yang berminat mempelajari ilmu kemahiran untuk kegunaan kehidupan seharian. Terima kasih.

shahidan said...

Tq. Amat berguna.

Anonymous said...

tumpang tanya, boleh tak sambung paip BG dgn paip poli? kalau boleh guna penyambung yang macam mana?

contoh situasi : paip BG dipotong pada tengah bahagian, tetapi tidak di "tread"kan dan ingin disambung terus ke paip poli mungkin guna soket sama atau soket pengecil?

boleh bantu..

tq bos..

Unknow said...

Wish me luck for pt3 2017🌹🌷

Anonymous said...

boyce

Unknown said...

Tq sye membantu saya ulang kaji untuk pt3

TAM said...
This comment has been removed by the author.
TAM said...

Bagus. membantu

Unknown said...

Bole sy tahu standard kedalaman paip air yg ditanam di dlm dalam setiap rumah.

Anonymous said...

boleh tau kat mana nak dpt kee klmp murah?

Unknown said...

Shopee

Post a Comment