Home » » BAB 2 REKABENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK | PROSES REKA BENTUK [KHB TINGKATAN 1]

BAB 2 REKABENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK | PROSES REKA BENTUK [KHB TINGKATAN 1]


KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
TINGKATAN 1
BAB 2
 REKABENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK
[PROSES REKABENTUK]



2.4   PROSES REKA BENTUK

2.4.1  Lukisan projek

Lukisan projek memberikan maklumat lengkap sesuatu projek. Melalui lukisan, rupa bentuk projek, dimensi, bahan, teknologi pembuatan dan peralatan yang akan digunakan dapat dikenal pasti.

i)   Melakar

Melakar adalah proses menjelmakan idea di dalam minda ke atas kertas dengan menggunakan medium seperti pensel atau pen.

ii)  Lukisan 3 Dimensi

Memberi gambaran sebenar projek, daripada lakaran 3D, panjang, lebar dan tinggi projek dapat diketahui. Lakaran 3D boleh dibuat melalui lakaran oblik dan lakaran isometrik.

a) Lukisan Isometrik : Lukisan bergambar 3 paksi, sudut sama



b) Lukisan Oblik : Lukisan bergambar, sudut 90 , 45



iii) Lukisan 2 Dimensi

- menghuraikan lakaran projek dengan lebih terperinci
- menunjukkan bentuk sebenar objek dalam dua pandangan, atau tiga pandangan iaitu pandangan atas(pelan), - - pandangan hadapan dan pandangan sisi.

- lakaran 2D dilukis dalam unjuran ortografik

a) Lukisan Ortografik : 3 pandangan ( pelan, hadapan & sisi )

2.4.2 Mendimensi ( Membuat Ukuran )







2.4.3  Pembinaan projek

i)  Mengukur

- Ukur dengan peralatan seperti pita pengukur, pengukur keluli, pensil dan sesiku L

ii)  Menanda 

- Peralatan menanda adalah pisau penanda, pensil, penggarit dan penebuk pusat.
- Bagi mengelakkan kesilapan pemotongan bahan dan rekabentuk.

iii) Memotong

- Peralatan memotong ialah gergaji besi, gunting besi dan pemotong perspek.

iv) Membentuk

- Membentuk dilakukan sebelum bahagian projek dipasang
- Aktiviti membentuk ialah melengkung, melipat dan membengkok

v) Mencantum 

- Proses memasang bahagian yang telah dipotong dan dibengkokkan
- Kerja-kerja mencantum ialah meribet, melekat dan menskru


Tanggam : cantuman atau sambungan kayu

Jenis Tanggam :- 

1.       Tanggam temu

2.       Tanggam parit :  tanggam parit terus, tanggan parit buntu


3.       Tanggam lekap : tanggam lekap palang, tanggam lekap T


Bahan pemasangan : mencantum bahan projek

1.Engsel 
- untuk pintu, tingkap
Saiz : panjang buku sendinya
- Menggunakan skru




2. Breket 
- dipasang bersudut tepat dengan bahan
- Dibuat daripada kayu @ logam
- Menggunakan skru




3. Penyangkut 
- untuk menyangkut benda ringan
- Daripada logam, mempunyai ulir pada batangnya.




iii.  Kemasan

Untuk mencantikkan, melindungi permukaan projek agar tahan lama serta mudah dibersihkan.

Alat kemasan :
1.       Berus cat : bersihkan dengan turpentin
2.       Berus syelek : bersihkan dengan spirit metal
3.       Pengikis : untuk menyapu tepung penyumbat & mengikis lebihan tepung penyumbat

Bahan kemasan :
1.       Kertas las : melicinkan permukaan kayu
                         Daripada Aluminium oksida @ silicon
                         Gred : 00 - paling halus
                                    0,1 – halus
                                    1 ½ , 2 : sederhana kasar
                                    2 ½ , 3 : kasar
                        Gunakan bongkah kayu untuk mendapat tekanan yang sama
2.       Tepung penyumbat : serbuk tepung berwarna putih
                                        Menutup lubang paku, liang @ ira kayu
3.       Cat licau : Digunakan selepas cat alas
                        Untuk kayu & logam
                        Pelarut : Turpentin
                        Kelebihan : i. kemasan yang licin, berkilat & cantik
                                           ii. kalis air
iii. mencegah karat ( logam )
                                                        iv. pelbagai warna
                                 Langkah : i. Bersihkan permukaan kayu
                                                    ii. sapu cat alas. Keringkan
                                                    iii. gosok kertas las
                                                    iv. sapu cat licau     
4.       Cat sembur
5.       Syelek : kemasan kayu – mencantikkan & melindungi permukaan
                    Pelarut : spirit metil
6.       Tona kayu : untuk permukaan kayu
7.       Semburan lekar jernih : untuk kayu & logam
8.       Pelekat : daripada kertas atau plastic / kombinasi kertas & plastic
                     Pelbagai saiz, warna, corak & ukuran




6.      REKA BENTUK PROJEK

i.   Pernyataan masalah
- Masalah @ keperluan
- Mengumpul maklumat dan data
- Menyenarai pelbagai alternative penyelesaian masalah dalam bentuk lakaran bebas

ii.  Perancangan, pembinaan dan pengubahsuaian projek
- Jadual kerja
- Senarai bahan dan alatan tangan
- Membuat projek berdasarkan lukisan kerja yang dipilih
- Meguji dan menilai projek
- Mengubahsuai projek

iii. Pendokumentasian projek
- Mengira kos projek
- Persembahan projek





*Jika anda menyukai Entry ini, silalah klik 'LIKE' dan 'SHARE' button untuk dikongsi bersama rakan anda di FaceBook~

10 comments:

Anonymous said...

ok

Anonymous said...

nice

Unknown said...

Thanks. Tetapi bolehkah jelaskan KELEBIHAN MENGGUNAKAN TANGGAM tertentu?

intAn said...

Nice sharing tqvm

Anonymous said...

teri to me

azs said...

Nice sharing tqvm
IZINKAN UTK SAYA COPY

Shamirawr said...

Thank uuuu! Sgt membantu utk ulangkaji exam nnti.

momo123 said...

simple dan senang faham, nice!

Shamirawr said...

Thank uuuu! Sgt membantu utk ulangkaji exam nnti.

Anonymous said...

tqsm ^_^

Post a Comment