Home » Kepentingan kreativiti pada kanak-kanak

Kepentingan kreativiti pada kanak-kanak



Kreativiti amat penting kepada kanak-kanak. Antara kepentingannya adalah seperti berikut:

1.        Dapat melatih kanak-kanak agar gemar mengkaji dan menyelidik.

Kreativiti merupakan satu proses. Apabila kanak-kanak mempunyai kreativiti tersendiri mereka akan dapat memberikan makna dan pengertian terhadap sesuatu ciptaan. Mereka akan kerap bertanya bagi mencari sesuatu penyelesaian.Selain daripada itu, kanak – kanak yang kreatif juga akan berusaha untuk mencari sesuatu penemuan baru mengenai hubungan antara idea mereka dengan bahan.

2.        Kanak-kanak akan lebih berkeyakinan.

Kanak-kanak yang kreatif akan memiliki sikap keyakinan yang tinggi. Mereka dapat menggunakan pendekatan yang lebih fleksibel mengikut siatuasi yang sesuai. Selain daripada itu, kanak-kanak akan lebih berdikari untuk menyelesaikan sesatu masalah mengikut kreativiti mereka sendiri tanpa meminta bantuan daripada orang lain. Mereka juga akan sentiasa mempunyai kekuatan perasaan dan emosi.

3.        Melatih kanak-kanak membina idea sendiri.

Kanak-kanak yang kreatif akan berupaya untuk membina, mencipta dan menghasilkan sesuatu yang baru. Mereka akan mencuba dengan gaya dan teknik yang baru serta memanipulasikan idea mereka dengan pelbagai tindakan seperti kebiasaan atau berlainan daripada biasa. Apabila kanak-kanak itu seorang yang kreatif mereka akan cuba untuk menyelesaikan masalah dengan cara sendiri dan cuba meneroka pelbagai pendekatan. Kreativiti dapat membantu kanak-kanak berimaginasi tinggi dan melangkaui batas pemikiran biasa. Selain daripada itu, kanak-kanak juga akan menghasilkan idea yang asli dan tulen tanpa meniru atau menciplak idea orang lain.





*Jika anda menyukai Entry ini, silalah klik 'LIKE' dan 'SHARE' button untuk dikongsi bersama rakan anda di FaceBook~

No comments:

Post a Comment