KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
TINGKATAN 1
BAB 1
ORGANISASI BENGKEL DAN KESELAMATAN
- Organisasi bengkel dan keselamatan adalah satu sistem pengurusan bengkel.
- Dalam sistem ini, murid akan menjalankan tugas mereka dalam kumpulan secara bergilir-gilir.
- Murid perlu mematuhi jadual kerja yang disediakan dan bekerjasama untuk memastikan peraturan-peraturan tersebut dipatuhi.
STRUKTUR ORGANISASI BENGKEL
- Ketua kumpulan dinamakan formen dan dibantu oleh penolong formen.
- Formen dan penolong formen menerima arahan daripada guru dan mereka akan menyelaraskan tugasan kepada setiap kumpulan.
- Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan menjalankan tugas masing-masing berdasarkan carta organisasi.
LANGKAH KESELAMATAN
Amalan 4M
1. Membersih
- Supaya bengkel bersih, kemas, selesa dan selamat
- Menitikberatkan kebersihan diri dan mental
- Berpakaian kemas, kuku dan rambut yang pendek
- Kebersihan mental iaitu berfikiran positif
- Dalam kerja pembersihan terdapat dua mesin yang digunakan iaitu :
- Jenis kering digunakan untuk menyedut kotoran kering
- Jenis basah digunakan untuk menyedut kotoran kering dan cecair
b. Mesin Pemampat Udara digunakan untuk proses pembersihan secara semburan tekanan udara tinggi.
2. Menyusun Atur
- Guna alat mengikut kegunaannya
- Simpan alat di tempat yang betul
3. Menilai
- Menilai diri sendiri dan tempat kerja
- Melaksanakan sikap penuh bertanggungjawab
- Melengkapkan diri dengan pengetahuan rawatan pertolongan cemas serta penggunaan alat pemadam api.
4. Mendisiplin
- Mematuhi peraturan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri.
Peraturan Keselamatan
Dibahagikan kepada tiga bahagian :-
- Peraturan keselamatan di dalam bengkel:
- Memberikan perhatian pada kebersihan bengkel;
- Memastikan lantai bengkel sentiasa kering dan tidak berminyak;
- Memastikan terdapat alat pemadam api di dalam bengkel;
- Memastikan bengkel bersih dan kemas;
- Memastikan bengkel mempunyai pengudaraan dan percahayaan yang mencukupi;
- Membekalkan bengkel dengan peti pertolongan cemas.
2. Peraturan keselamatan alatan dalam bengkel:
- Menggunakan alatan tangan mengikut kegunaan yang betul;
- Berhati-hati semasa menggunakan alatan tangan;
- Menyimpan semua alatan dan bahan di tempat yang selamat;
- Memastikan alatan yang digunakan adalah betul dan dalam keadaan yang baik.
3. Peraturan keselamatan diri:
- Berbaju lengan pendek atau melipat baju yang berlengan panjang;
- Menanggalkan tali leher dan memasukkannya ke dalam baju;
- Memakai kasut untuk mengelakkan kemalangan;
- Menggunakan gogal dalam kerja-kerja tertentu;
- Memakai apron jika perlu;
- Mendapat kebenaran guru sebelum menggunakan mesin;
- Mengikut arahan guru semasa berada di dalam bengkel
- Berambut pendek atau mengikat rambut yang panjang.
Peraturan am penggunaan dan keselamatan bengkel kemahiran hidup
- Masuk setelah mendapat kebenaran dan arahan daripada guru
- Pakai pakaian yang sesuai dan memakai kasut getah
- Jangan berlari dan bermain di dalam bengkel
- Jangan menyentuh alatan dan mesin tanpa mendapat kebenaran dan penyeliaan daripada guru
- Duduk dan bekerja ditempat yang telah ditetapkan
- Jika berlaku kemalangan atau kecederaan , segera beritahu guru yang berkenaan
- Pastikan bengkel dalam keadaan selamat dan selesa ketika penggunaannya dan bersih serta kemas sebelum meninggalkannya.
Keselamatan di bengkel kemahiran hidup
- Bengkel haruslah memberikan keutamaan kepada keselamatan.
- Pengguna bengkel mestilah selamat sebelum menggunakan , semasa menggunakan dan selepas menggunakan bengkel dan segala peralatan di bengkel
- Guru dan pelajar mestilah tahu bagai mana bertindak apabila berlaku
- Kejutan elektrik
- Kebakaran
- Bengkel perlu ada peti kecemasan yang mengandundi ubat luka dan sapuan untuk lecur serta kain balutan untuk kecederaan ringan.
- Jika berlaku kecederaan yang serius dan teruk hendakan dilaporkan kepada guru bertugas dan terus dirujuk kepada hospital yang terdekat
- Bengkel juga mesti mempunyai alat pencecah kebakaran yang berfungsi disetiap bengkel. Alat pencegah kebakaran mestilah digantung ditempat mudah dilihat dan mudah dicapai.
- Jika berlaku kebakaran besar hendaklah keluar dengan segera mengikut pelan kecemasan kebakaran dan memanggil bomba melalui talian kecemasan 999
- Jika berlaku sebarang kejutan elektrik, hendaklah dimatikan suis utama terlebih dahulu atau menekan suis keselamatan bengkel
- Jangan sentuh mangsa kejutan dengan tangan, gunakan kayu kering untuk mengalih mangsa daripada benda atau wayar yang menjadi punca kejutan elektrik
Alat Pemadam Api.
- Keluarkan pin picu
- Halakan muncung pemancut alat pemadam api ke dasar api
- Tekan tuas rapat pada pemegang supaya bahan pemadam api dapat disembur.
Kotak Pertolongan Cemas
- Kotak pertolongan cemas perlu juga disediakan di dalam bengkel untuk merawat kecederaan.
- Kotak pertolongan cemas mengandungi beberapa jenis bahan seperti iodine, ubat antiseptic, kapas, gunting, plaster, pin, dan pembalut luka.
Langkah-langkah merawat kecederaan ringan :-
- Bersihkan luka dengan antiseptik.
- Sapukan dengan iodin.
- Balutkan luka dengan kain kasa dan plaster.
Aspek keselamatan dan penggunaan elektrik :-
- Memastikan alatan elektrik dibumikan dengan betul;
- Memastikan suis elektrik dimatikan apabila menukar mentol atau mencabut plag;
- Tidak mencuba membaiki sendiri peralatan elektrik;
- Tidak menyentuh wayar elektrik yang terdedah;
- Tidak menggunakan sesuatu alatan elektrik jika didapati penebat wayarnya telah rosak;
- Tidak mengendalikan alatan elektrik dengan tangan yang basah;
- Tidak menggunakan alatan elektrik di tempat yang basah;
- Tidak meletakkan terlalu banyak beban pada satu soket elektrik;
- Memastikan tamatan plag adalah betul apabila membuat pendawaian plag;
- Sekiranya berlaku kejutan elektrik, suis utama mesti dimatikan dengan serta merta;
- Tidak menarik mangsa kejutan elektrik dengan tangan sebaliknya asingkan mangsa dengan bahan kering atau bahan bukan logam.
Etika Dan Budaya Kerja
- Amalkan etika dan budaya kerja yang betul semasa berada di dalam bengkel supaya murid mengamalkannya setelah mereka menempuh alam pekerjaan nanti.
- Etika kerja adalah disiplin dan sikap anda terhadap kerja manakala budaya kerja bermaksud cara peradaban yang menjadi amalan semua pekerja dalam sebuah organisasi.
- Contoh etika kerja adalah:
- Menepati waktu;
- Amanah;
- Patuh pada peraturan dan undang-undang.
4. Contoh budaya kerja ialah:
- Beratur ketika memasuki bengkel;
- Mengucapkan salam kepada guru sebelum memulakan kerja;
- Formen hendakkah memeriksa keadaan bengkel dan alatan serta membuat laporan.
*Jika anda menyukai Entry ini, silalah klik 'LIKE' dan 'SHARE' button untuk dikongsi bersama rakan anda di FaceBook~
45 comments:
ii how to download ur note. tq
Just copy and paste.... Paste it into microsoft word....
superb notes...
Hye :D Nice to meet you ANONYMOUS ! xD :D
It's easyy . Just copy and paste it into microsoft word. WELCOME. Hope this note can make you success in exam. Hahaa . XD . BYE ! :D
WoW ! :) You know how to copy. :D Then, why you ask ? xD You so funny. Haha :D
Ouhh, Yaa? Thank you. Thank you :D I'm really happy to hear that. Haha. LOL~ :D ~ XD~~~ Thanks~
nice . tapi x de jenis alat pemadam api ?
very niceeeeeeeeeeeeeeee..
gay
you very lame
WoW awesome notes ! KeeP uP the good work GURL xD
her very lame what
bro :) your english :o my oh my xD are horrible :D HAHA AWESOME NOTES BTW . :D
Rarely found snow
Big bang,infinite,exo,got7,btob,btsveryawesome
I love kpop
Oh my paradise
What the...??
Thank you for the information :)
Good notes
Dude, give u a suggestion. Use a black background and white words r simply better
Wow such a nice nite to study or revision
nota yg bgus
awesomeeeeee notes
awesome note =)
they're all gay :)
cant copy and paste ur superb notes...y?
saya sgt suka dengan nota ni...saya copy n paste di site saya ya.tqvm
Tq kepada orng yng membuat nota ini, banyak membantu untuk exam
Nice n simple notes....it will be really helpful for the candidates....simply superb!!!
u r stupid
thank you. i study with this note
I have pt3 examination this year and for khb, i have to study everything from form1. so lesson to you all, focus on the teacher and respect them or you'll regret it
I have pt3 examination this year and for khb, i have to study everything from form1. so lesson to you all, focus on the teacher and respect them or you'll regret it
thanks for this simple notes. it is easy to remember.
Thanks ringkas Dan sedang..thanks..dah nak exm nih
Tq very good note
anyone can use nickname anonymous..
blablabla here 22 of MArch 2016!
the note is good for me in the exam .tq for the note...
THANK YOU!😂 I really need this for my PT3 examination.
So good
So good
good note👋
Post a Comment