Home » Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner

Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner





Pada tahun 1983, seorang ahli psikologi barat iaitu Howard Gardner telah mengasaskan satu teori yang berkaitan dengan kecerdasan iaitu teori kepelbagaian kecerdasan melalui bukunya Gardner, Frames of Mind. Teori ini hasil daripada kajian beliau yang dijalankan terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria tersendiri dalam kalangan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa. Menurut Howard Gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana pembelajaran dan lain-lain. Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner lebih kepada aspek kognitif dan perkembangan psikologi, antrapologi dan sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia.

Pada mulanya teori ini terdiri daripada tujuh kecerdasan tetapi pada tahun 1999, dua lagi kecerdasan dimasukkan kedalam teori ini. Pendapat yang dikemukakan oleh Howard Gardner menunjukkan bahawa kecerdasan seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Beliau telah menyenaraikan sembilan kecerdasan yang terdapat pada seseorang. Kecerdasan seseorang tidak semestinya melibatkan kesemua kecerdasan yang dinyatakan oleh Howard Gardner. Menurut Gardner, setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza kecerdasan dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang bersesuaian. Dalam konteks pendidikan guru memainkan peranan penting untuk merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan kecerdasan iaitu yang terdiri daripada sembilan kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner.





*Jika anda menyukai Entry ini, silalah klik 'LIKE' dan 'SHARE' button untuk dikongsi bersama rakan anda di FaceBook~

No comments:

Post a Comment