Home » » BAB 3 ELEKTRIK : JENIS WAYAR DAN KERJA PENDAWAIAN [KHB TINGKATAN 1]

BAB 3 ELEKTRIK : JENIS WAYAR DAN KERJA PENDAWAIAN [KHB TINGKATAN 1]


KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
TINGKATAN 1
BAB 3
ELEKTRIK
JENIS WAYAR DAN KERJA PENDAWAIAN ]




3.2 JENIS WAYAR DAN KERJA PENDAWAIAN

3.2.1 ALATAN TANGAN

1) Pena Ujian

-Kegunaan : menguji, mengesan kebocoran elektrik dan mengetatkan skru kecil
-Apabila pena ujian tersentuh pada wayar hidup, lampu neon di dalamnya akan menyala


2) Pemotong Sisi

-Kegunaan : memotong wayar elektrik


3) Playar Muncung Tirus
-Kegunaan : memegang benda kecil, memotong dawai, membentuk kaki komponen


4) Playar Gabung

-Kegunaan : memegang benda bulat, memotong, membentuk dawai


5) Penjalur Wayar
- Kegunaan : menjalur dan memotong wayar

-2 jenis :

a. penjalur wayar mudah

b. Penjalur wayar spring



3.2.2 JENIS WAYAR


1) Wayar Kuprum Berenamel


- Kegunaan : membuat gegelung pada motor elektrik dan transformer


2) Wayar Lembar Tunggal (berpenebat)



-Kegunaan : membuat pendawaian litar mudah seperti radio


3) Wayar Teras Tunggal (berpenebat)
-Diperbuat dari lembaran halus dan lembaran kasar
-Lembar halus : mudah lentur, untuk pendawaian di radio dan pembesar suara
-Lembar kasar : untuk pendawaian litar elektrik di rumah


4) Wayar Teras Kembar
-dua wayar teras tunggal yang dilekatkan
-Untuk pendawaian radio, soket dan tv


5) Wayar Tiga Teras
-2 Jenis ;
a. berpenebat PVC – untuk pendawaian perkakas elektrik yang tak hasilkan haba(kipas angin, peti sejuk)
b. berpenebat PVC serta beranyaman benang – untuk pendawaian alat elektrik yang menghasilkan haba (ketuhar, seterika, cerek)



3.2.3 JENIS PLAG


1) Plag 2 Pin 2 Ampere

-Menggunakan wayar teras kembar
-Ada dua tamatan : teras hidup(L) dan teras neutral (N)
-Alat : radio, pencukur elektrik


2) Plag 3 Pin 13 Ampere


- Ada 3 tamatan : tamatan dawai hidup (L), dawai neutral (N), tamatan dawai bumi (E)
-Fius katrij 13A dipasang di dalam plag ini untuk keselamatan.



3) Plag 3 Pin 15 Ampere
-Pinnya bulat dan tidak berfius
-Untuk kelengkapan elektrik berkuasa tinggi(pemanas air dan pendingin udara)


3.2.4 FIUS

i)   Fungsi : melindungi litar dan perkakas elektrik
ii)  Fius di dalam plag akan melebur dan arus elektrik terputus jika arus itu terlalu tinggi
iii) Fius disambung pada tamatan hidup (L)
iv) Fius ditentukan mengikut arus iaitu 2A, 5A, 10A, 13A

v)  Ada 2 jenis :

a) Fius Dawai
-Berbentuk dawai dan kadarannya tetap
-Fius yang lebur boleh diganti
-Pemegang fius diperbuat daripada seramik dan bakelit



b) Fius Katrij


-Fius yang tebakar diganti dengan fius kadaran yang betul



3.2.5 LAMPU PENDARFLOUR





Bahagian Lampu Pendarflour

1) Tiub Pendarfluor
-Diperbuat daripada kaca berisi merkuri dan gas argon
-Dindingnya disalut dengan lapisan fosfur
-Dihujung tiub ada 2 pin elektrod yang mengalirkan arus ke tiub


2) Perumah

-Mengandungi pemegang tiub, cok dan suis penghidup


3) Cok
-Kegunaan :
1. untuk membekalkan voltan tinggi
2. Menstabilkan voltan selepas lampu menyala


4) Pemegang Tiub

-Terletak pada hujung perumah
-Berfungsi menyangga tiub pendafluor


5) Pemegang Suis Penghidup

-Berfungsi untuk menempatkan suis penghidup


6) Suis Penghidup

-Berfungsi menghidupkan lampu
-Tidak berfungsi lagi setelah lampu dihidupkan


Kerosakan Lampu Pendaflour






*Jika anda menyukai Entry ini, silalah klik 'LIKE' dan 'SHARE' button untuk dikongsi bersama rakan anda di FaceBook~

15 comments:

Anonymous said...

nice

Anonymous said...

thankssssssssssssss

Anonymous said...

Kemasnye... pndai buat...

Anonymous said...

Saya umur 40 tahun....nal belajar repair barang elektrik sebab selalu kena tipu...saya rasa website bagus utk semua lapusan msykt...semoga Allah balas usahara murni Tuan

Unknown said...

kenape x dapat copy ?

Unknown said...

kenapa tak boleh copy ....

Unknown said...

bagaimana boleh copy and paste ?

Anonymous said...

pasai pa tak leh copy pulak ni!!!!!!!!!!!!!! sabaq jala.









Unknown said...

tak bole download ke

Anonymous said...

thanks atas maklumat yang sangat membantu ini....

Anonymous said...

macam mana nak buka plag 2 pin 2 ampere?

Unknown said...

TQ for the note

Skema boy said...

Lots of information

Skema boy said...

Lots of information

Unknown said...

boleh bagi contoh alat lagi untuk plug 2 pin 2 ampere tu

Post a Comment