KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
TINGKATAN 1
BAB 4
KERJA PAIP
B) Jenis Paip, Penyambung Paip dan Bahan Pemasangan Paip
Jenis Paip
1. Paip besi bergalvani (BG)
• Diperbuat daripada keluli yang bersadur dengan zink.
• Saiz paip BG ditentukan oleh ukuran diameter bahagian dalam batang paip
• Saiz yang biasa untuk kegunaan di rumah ialah 13mm dan 20 m dengan panjang 6 meter.
• Untuk kegunaan perpaipan industri dan loji pula, saiz yang biasa digunakan ialah 25 mm, 32 mm, 38 mm dan 50 mm.
• Hujung paip BG diulir untuk tujuan penyambungan dan pemasangan.
Gred
|
Ketebalan
|
Kod warna
|
Kegunaan
|
A
|
Nipis
|
Perang
|
Paip Limpah
|
B
|
Sederhana
|
Biru
|
Paip Agihan
|
C
|
Tebal
|
Merah
|
Paip perhubungan dan paip perkhidmatan
|
2. Paip polivinil klorida (PVC)
• Diperbuat daripada plastik polivinil klorida (PVC)
• Digunakan untuk paip agihan, paip cuci dan paip limpah
• Ringan dan mudah dikendalikan tetapi tidak sesuai untuk menyalurkan air panas.
• Saiz paip PVC di pasaran ialah 13 mm, 20 mm, 25 mm, 32 mm dan 50 mm.
• Panjang piawaian paip PVC ialah 6 m.
3. Paip Poli (HDPE)
• boleh dilentur dan tahan cuaca panas dan hujan.
• berwarna hitam, lebih kuat daripada PVC, tidak berkarat, ringan dan boleh digulung.
• ketebalan dalam satu saiz tetapi mempunyai diameter pelbagai.
• lebih mahal dan tidak boleh ditegakan.
• apabila penyambungan dibuka, hujung paip perlu dipotong kerana terdapat kesan pencengkam pada hujung paip itu.
• boleh dipotong menggunakan pemotong paip PVC atau gergaji.
• penyambungan tidak memerlukan glu kerana terdapat sleeve dalam penutup untuk mencengkam paip poli.
• di dalam sleeve terdapat gelang getah.
Penyambung Paip
Bahan Pemasangan Paip
1. Pita PTFE
• untuk sambungan paip yang berulir.
• dililit pada ulir mengikut arah pusingan jam sebelum penyambung dipasang pada paip.
2. Glu Paip PVC (simen pelarut)
• bahan perekat cecair yang dijual dalam tin.
• disapu pada paip atau pemyambung PVC yang tidak berulirsebelum pemasangan dilakukan.
Sambungan :
- Sistem bekalan air di rumah
- Jenis Paip, Penyambung Paip dan Bahan Pemasangan Paip
- Jenis dan Kelengkapan Paip
- Tangki Simbah dan Pili
- Kerja Penyanggaraan
*Jika anda menyukai Entry ini, silalah klik 'LIKE' dan 'SHARE' button untuk dikongsi bersama rakan anda di FaceBook~
17 comments:
mana tempat nak dptkan KEE KLAMP bro...semua kedai HARDWARE takdop jual...boleh bantu
thanks..bnyk membantu..:)
Nice ! Thanks for help!
thanks for the information!
Terima kasih, thank you
terima kasih ini membantu saya dlm pt3 tahun 2015
Terima kasih, informasi di dalam blog 'Nota, Nota, Nota' dihasilkan Encik Aatook ini sangat baik dan bermanfaat sekali. Bukan hanya untuk pelajar sekolah khususnya, bahkan untuk semua yang berminat mempelajari ilmu kemahiran untuk kegunaan kehidupan seharian. Terima kasih.
Tq. Amat berguna.
tumpang tanya, boleh tak sambung paip BG dgn paip poli? kalau boleh guna penyambung yang macam mana?
contoh situasi : paip BG dipotong pada tengah bahagian, tetapi tidak di "tread"kan dan ingin disambung terus ke paip poli mungkin guna soket sama atau soket pengecil?
boleh bantu..
tq bos..
Wish me luck for pt3 2017🌹🌷
boyce
Tq sye membantu saya ulang kaji untuk pt3
Bagus. membantu
Bole sy tahu standard kedalaman paip air yg ditanam di dlm dalam setiap rumah.
boleh tau kat mana nak dpt kee klmp murah?
Shopee
Post a Comment