Home » » BAB 4 KERJA PAIP : TANGKI SIMBAH DAN PILI [KHB TINGKATAN 1]

BAB 4 KERJA PAIP : TANGKI SIMBAH DAN PILI [KHB TINGKATAN 1]


KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
TINGKATAN 1
BAB 4
KERJA PAIP
[ TANGKI SIMBAH DAN PILI ]



D) TANGKI SIMBAH

terdapat 2 jenis tangki simbah
tangki simbah aras tinggi dipasang 2 meter dari paras lantai
tangki simbah aras rendah dipasang 1 meter dari paras lantai
digunakan untuk menyimpan air dan kemudiannya menyimbah keluar melalui paip simbah untuk membersihkan mangkuktandas
diperbuat daripada plastik atau tembikar
boleh menyimpan air sehingga 9 liter

Tangki Simbah Aras Rendah

Tangki Simbah Aras Tinggi


BAHAGIAN UTAMA DAN FUNGSI TANGKI SIMBAH




1. Paip alur masuk (paip agihan)
membekalkan air masuk ke dalam tangki simbah.

2. Paip alur keluar (paip simbah)
menyalurkan air keluar dari tangki simbah untuk menyimbah serta membersihkan mangkuk tandas.

3. Paip limpah
menyalurkan air keluar dari tangki simbah jika berlaku kerosakan pada injap bebola atau pelampung.

4. Injap bebola
mengawal kemasukan air ke dalam tangki simbah.

5. Pelampung
terapung di atas permukaan air akan bergerak bersama paras air. Pelampung mengawal paras air dengan menutup dan membuka injap bebola melalui lengan pelampung. Lengan pelambung yang bergerak ke atas menolak omboh dalam injap bebola.

6. Injap gegendang
mengawal air masuk ke tiub sifon. apabila tuil tarik, injap gegendang akan naik dan membenarkan air masuk ke tuib sifon untuk menyimbah mangkuk tandas.

7. Tuil tarik/tangkai pelepas
tuil tarik terdapat diluar tangki simbah. apabila mangkuk tandas perlu dicuci, tuil ditarik untuk menyimbah air.

8. Tiub sifon
menyalurkan air ke paip simbah



OPERASI TANGKI SIMBAH





MENGAWAL ARAS AIR DALAM TANGKI SIMBAH


kedudukan injap bebola perlu dilaraskan supaya air dalam tangki simbah tidak melebihi paras paip limpah dan melimpah keluar; paras air yang terlalu rendah dan kekurangan air menyebabkan tangki tidak dapat melakukan proses simbahan.



E) PILI

digunakan untuk mengawal pengaliran air keluar melalui batang paip.
diperbuat daripada loyang (campuran kuprum dan zink), pili PVC dan pili bersadur kromium.
terdapat 2 jenis pili iaitu pili berbibir dan pili bertiang.


PILI BERBIBIR

alur masuk mendatar.
biasa digunakan pada tab mandi dan singki di dapur.





PILI BERTIANG

alur masuk menegak.
biasa dipasang pada tab mandi dan singki jenis tembikar.







Sambungan :

- Sistem bekalan air di rumah
- Jenis Paip, Penyambung Paip dan Bahan Pemasangan Paip
- Jenis dan Kelengkapan Paip
- Tangki Simbah dan Pili
- Kerja Penyanggaraan




*Jika anda menyukai Entry ini, silalah klik 'LIKE' dan 'SHARE' button untuk dikongsi bersama rakan anda di FaceBook~

13 comments:

Anonymous said...

Terima kasih :)

Anonymous said...

thanks for the note. blh tolong utk PT3 ..:)

Anonymous said...

boleh la sikit2 terima kasih

Anonymous said...

pls give me more notes

fh said...

nak cadangkan sikit ,, kalau boleh biar ada gambar berlabel bagi pili bertiang .. hehhe !! please !! :)))

Nell said...

Boleh tolong post kn info pasal tangki limpah? Tq

Anonymous said...

yay........tapi kurang nota :(

Anonymous said...

THE BLACK

BLACK FOR ALL

Fxxk u rascals

Unknown said...

trima kasih

Anonymous said...

hey guys winson09 here pls subscribe to Squarion Gaming on youtube, have fun!

Anonymous said...

masalah tangki takdak ka???

Unknown said...

terima kasih

Jobel said...

OHHH CHING CHONG THANKA YOUA SO MUCHA BROTHER HOOO CHING CHONG

Post a Comment