BAB 2 REKABENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK | PROSES REKA BENTUK [KHB TINGKATAN 1]


KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
TINGKATAN 1
BAB 2
 REKABENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK
[PROSES REKABENTUK]



2.4   PROSES REKA BENTUK

2.4.1  Lukisan projek

Lukisan projek memberikan maklumat lengkap sesuatu projek. Melalui lukisan, rupa bentuk projek, dimensi, bahan, teknologi pembuatan dan peralatan yang akan digunakan dapat dikenal pasti.

i)   Melakar

Melakar adalah proses menjelmakan idea di dalam minda ke atas kertas dengan menggunakan medium seperti pensel atau pen.

ii)  Lukisan 3 Dimensi

Memberi gambaran sebenar projek, daripada lakaran 3D, panjang, lebar dan tinggi projek dapat diketahui. Lakaran 3D boleh dibuat melalui lakaran oblik dan lakaran isometrik.

a) Lukisan Isometrik : Lukisan bergambar 3 paksi, sudut sama



b) Lukisan Oblik : Lukisan bergambar, sudut 90 , 45



iii) Lukisan 2 Dimensi

- menghuraikan lakaran projek dengan lebih terperinci
- menunjukkan bentuk sebenar objek dalam dua pandangan, atau tiga pandangan iaitu pandangan atas(pelan), - - pandangan hadapan dan pandangan sisi.

- lakaran 2D dilukis dalam unjuran ortografik

a) Lukisan Ortografik : 3 pandangan ( pelan, hadapan & sisi )

2.4.2 Mendimensi ( Membuat Ukuran )







2.4.3  Pembinaan projek

i)  Mengukur

- Ukur dengan peralatan seperti pita pengukur, pengukur keluli, pensil dan sesiku L

ii)  Menanda 

- Peralatan menanda adalah pisau penanda, pensil, penggarit dan penebuk pusat.
- Bagi mengelakkan kesilapan pemotongan bahan dan rekabentuk.

iii) Memotong

- Peralatan memotong ialah gergaji besi, gunting besi dan pemotong perspek.

iv) Membentuk

- Membentuk dilakukan sebelum bahagian projek dipasang
- Aktiviti membentuk ialah melengkung, melipat dan membengkok

v) Mencantum 

- Proses memasang bahagian yang telah dipotong dan dibengkokkan
- Kerja-kerja mencantum ialah meribet, melekat dan menskru


Tanggam : cantuman atau sambungan kayu

Jenis Tanggam :- 

1.       Tanggam temu

2.       Tanggam parit :  tanggam parit terus, tanggan parit buntu


3.       Tanggam lekap : tanggam lekap palang, tanggam lekap T


Bahan pemasangan : mencantum bahan projek

1.Engsel 
- untuk pintu, tingkap
Saiz : panjang buku sendinya
- Menggunakan skru




2. Breket 
- dipasang bersudut tepat dengan bahan
- Dibuat daripada kayu @ logam
- Menggunakan skru




3. Penyangkut 
- untuk menyangkut benda ringan
- Daripada logam, mempunyai ulir pada batangnya.




iii.  Kemasan

Untuk mencantikkan, melindungi permukaan projek agar tahan lama serta mudah dibersihkan.

Alat kemasan :
1.       Berus cat : bersihkan dengan turpentin
2.       Berus syelek : bersihkan dengan spirit metal
3.       Pengikis : untuk menyapu tepung penyumbat & mengikis lebihan tepung penyumbat

Bahan kemasan :
1.       Kertas las : melicinkan permukaan kayu
                         Daripada Aluminium oksida @ silicon
                         Gred : 00 - paling halus
                                    0,1 – halus
                                    1 ½ , 2 : sederhana kasar
                                    2 ½ , 3 : kasar
                        Gunakan bongkah kayu untuk mendapat tekanan yang sama
2.       Tepung penyumbat : serbuk tepung berwarna putih
                                        Menutup lubang paku, liang @ ira kayu
3.       Cat licau : Digunakan selepas cat alas
                        Untuk kayu & logam
                        Pelarut : Turpentin
                        Kelebihan : i. kemasan yang licin, berkilat & cantik
                                           ii. kalis air
iii. mencegah karat ( logam )
                                                        iv. pelbagai warna
                                 Langkah : i. Bersihkan permukaan kayu
                                                    ii. sapu cat alas. Keringkan
                                                    iii. gosok kertas las
                                                    iv. sapu cat licau     
4.       Cat sembur
5.       Syelek : kemasan kayu – mencantikkan & melindungi permukaan
                    Pelarut : spirit metil
6.       Tona kayu : untuk permukaan kayu
7.       Semburan lekar jernih : untuk kayu & logam
8.       Pelekat : daripada kertas atau plastic / kombinasi kertas & plastic
                     Pelbagai saiz, warna, corak & ukuran




6.      REKA BENTUK PROJEK

i.   Pernyataan masalah
- Masalah @ keperluan
- Mengumpul maklumat dan data
- Menyenarai pelbagai alternative penyelesaian masalah dalam bentuk lakaran bebas

ii.  Perancangan, pembinaan dan pengubahsuaian projek
- Jadual kerja
- Senarai bahan dan alatan tangan
- Membuat projek berdasarkan lukisan kerja yang dipilih
- Meguji dan menilai projek
- Mengubahsuai projek

iii. Pendokumentasian projek
- Mengira kos projek
- Persembahan projek





*Jika anda menyukai Entry ini, silalah klik 'LIKE' dan 'SHARE' button untuk dikongsi bersama rakan anda di FaceBook~

BAB 2 REKABENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK | ALATAN TANGAN & MESIN [KHB TINGKATAN 1]


KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
TINGKATAN 1
BAB 2
 REKABENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK





ALATAN TANGAN & MESIN

i)  ALATAN TANGAN


BIL
ALATAN
KETERANGAN
1
Pita pengukur



  • Untuk mengukur jarak
  • Saiz : 3 meter – 6 meter
  • Unit ukuran : mm, cm dan meter
2
Pembaris keluli

  • Untuk mengukur jarak & memindahkan jarak
  • Saiz : 30 cm, 45 cm, 60 cm & 100 cm
3
Sesiku L



  • Untuk :-

    i) menguji ketepatan sudut 90
  ii) menguji kerataan permukaan bahan
  iii)membuat garisan bersudut tepat
  • Saiz ditentukan oleh panjang bilah
4
Tolok penanda



  • Untuk :-

    i) menanda tebal kayu
        ii) menanda lebar kayu
5
Tolok serong



  • Untuk :-

    i) menanda & memindah sudut bukan 90
   ii) membina tanggam
6
Gergaji puting



  • Untuk memotong kayu bersaiz kecil & membuat tanggam
  • Jalur logam : menguatkan bilah gergaji
7
Gergaji lengkung halus




  • Untuk menggergaji bentuk lengkung pada bahan yang nipis
8
Gergaji tangan






  • Untuk mengerat & membelah kayu.
  • Saiz : mengikut panjang bilah & bilangan giginya setiap 25 mm




9
Tukul kuku kambing



  • Untuk menukul & mencabut paku
  • Saiz : mengikut berat kepala
10
Tukul warrington



  • Untuk menukul paku kecil
  • Bongkol tirus : semasa mula memaku
  • Saiz : mengikut berat kepala
11
Kikir parut



  • Untuk membentuk lengkung & meratakan kayu
  • Saiz : mengikut panjang & gred gigi
  • Membersih : guna berus dawai
12
Gandin kayu



  • Untuk mengetuk pahat & pemasangan tanggam
  • Saiz : mengikut saiz kepala
13
Pahat tepi serong



  • Untuk memahat, meraut, meratakan tanggam & membersihkan bucu tanggam
  • Saiz : mengikut lebar mata pemotong
  • Matanya drp keluli karbon tinggi




ii) MESIN


BIL
MESIN
KETERANGAN
1
Gerudi mudah alih









Mata gerudi pintal





  • Untuk menggerudi kayu, logam nipis @ plastik lembut
  • Menggunakan kuasa elektrik (berwayar) dan bateri (tanpa wayar)










































  • Digunakan bersama mesin gerudi mudah alih @ gerudi lantai
  • Dibuat daripada keluli tahan lasak
  • Saiz : diameter batangnya
2
Gerudi lantai


  • Untuk menggerudi kayu, logam nipis @ plastic
  • Benda kerja diapit pada ragum gerudi
  • Mesin gerudi dipasang & dibolt ke lantai
  • Langkah menggerudi :
i.         Tandakan pusat pada bahan dengan penanda pusat
ii.         Apit bahan pada ragum
iii.        Pasang & ketatkan mata gerudi.Tanggalkan kunci bindu
iv.        Tekan tuas pemasuk untuk menurunkan bindu
v.         Hidupkan suis. Mula menggerudi.
vi.        Bendalir penyejuk ; Menyejukkan mata gerudi
vii.        Semasa menggerudi, naikkan bindu perlahan-lahan untuk membuang serpihan bahan
viii.      Matikan suis
ix.        Keluarkan bahan dari ragum
x.         Bersihkan meja gerudi dengan berus










*Jika anda menyukai Entry ini, silalah klik 'LIKE' dan 'SHARE' button untuk dikongsi bersama rakan anda di FaceBook~

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
TINGKATAN 1
BAB 2
 REKABENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK





MAKSUD REKA BENTUK & TEKNOLOGI

Reka bentuk    :  
Susunan barang yang dirancang untuk menghasilkan sesuatu produk atau impak.

Teknologi        :    
Pengajian & pengetahuan dalam usaha manusia mencipta dan menggunakan pelbagai alat,sumber, teknik & system untuk menguruskan kehidupan.


FAKTOR REKABENTUK


                                 i-Fungsi
-    berfungsi dengan baik dan memenuhi kehendak pengguna

                                ii-Rupa Bentuk
-    mempunyai konsep dan rupa menarik, stabil dan praktikal ketika menggunakannya

                              iii-Kesesuaian Bahan
-    menggunakan bahan yang mudah didapati dan mudah dipasang sesuai dengan kos yang perlu dibayar

               iv-Ketahanan
-    Kukuh
-    Jika digunakan diluar mesti tahan cuaca dan serangan serangga
-    Tidak mudah rosak

                v-Kos Produk
       -    Berpatutan dengan kos pembuatan dan mampu dibeli dan dimiliki pengguna

               vi-Keselamatan
-    Tidak mendatang bahaya kepada pengguna dan kesan buruk terhadap alam sekitar

              vii-Nilai Komersial
-    Memenuhi cita rasa masa kini dan mampu dipasarkan serta menepati kehendak pasaran




JENIS BAHAN & PENGIKAT

A.   BAHAN :

Bahan
Kelebihan
Kelemahan

Kayu
2 jenis ;
i.   Kayu Keras : 
     Cengal & jati
-       untuk perabot.

ii. Kayu lembut :
    Meranti & Nyatoh

-    untuk perabot & pembinaan am.

a) Mudah digergaji, digerudi, dipaku & diskru
b) Mudah dicantum & disambung
c) Lasak
d) Sesuai dengan beberapa jenis kemasan
e) Lebih teguh
f) Urat & ira kayu cantik & mudah dikerjakan
g) untuk kerja pembinaan

a) Mudah mengecut & meleding
b) Bahagian hujung mudah retak & pecah apabila dipaku
c) Mudah reputmudah diserang serangga perosak
d) sesuai untuk membuat permukaan yang lebar & luas

Papan lapis
Beberapa lapisan kayu nipis/Vernier
2 jenis :
i.   Papan lapis kalis air
ii. Papan lapis tidak kalis air
-   untuk membuat perabot & pembinaan am
    
a) Ringan & mudah digunakan
b) lebar & rata
c) Tidak mudah mengecut & meleding
d) Bahagian hujung & tepi tidak mudah pecah apabila dipaku @ diskru.
          
a) Lapisan kayu nipis mudah lekang apabila terkena air
b) Tidak sesuai digunakan di luar   rumah & bangunan

Medium Density Fibre Board (MDF)
- Daripada serat kayu lembut.
- disadur bahan kemasan berwarna @ corak ira kayu
- untuk perabot
      
a) Tahan haba
b) Kemasan boleh dibuat spt kayu semula jadi
c) Tidak retak apabila dipaku hujungnya
d) Tidak mudah bengkok dan tidak meleding
e) Permukaan lebar & rata
           
a) Tidak kalis air
b) Mudah lerai jika ada kecacatan

Mounting board
-   Kadbod drpd kertas.
-   pelbagai saiz,  ketebalan & warna.
-   untuk hiasan, model barangan, kraftangan & bingkai gambar
      
a) Mudah dibentuk & dikerjakan
b) Kelihatan menarik kerana pelbagai warna
c) Ringan

a) Tidak kalis air
b) Warna mudah luntur
c) Daya kekuatan rendah



B.   PENGIKAT :


1.       Paku

a)      Paku kepala rata  :  - Daripada keluli lembut
                                          -  Untuk kerja am

      b)      Paku panel            :  - Untuk perabot

-          Tukul kuku kambing & tukul warrington digunakan untuk mengetuk paku
-          Ditentukan oleh panjang batang
-          Memaku secara menyerong lebih kuat cengkaman
-          Pembenam paku untuk membenam paku panel


2.       Skru

a)      Skru kepala benam
b)      Skru kepala bulat

-          Daripada keluli lembut, kuprum @ Loyang
-          Untuk mengikat bahan kayu & logam serta memasang engsel.
-           Dipasang menggunakan pemutar skru rata @ pemutar skru Phillips.
-           Cengkaman lebih kuat berbanding paku
-          Senggerek digunakan untuk menandakan lubang kecil pada kayu sebelum diskru.


3.       Glu

a)      Glu sentuh
-          Untuk mencantum 2 bahan berlainan jenis spt kayu & logam

        b)      Glu PVA ( Polyvinyl acetate )
-          Untuk cantuman kayu. Mudah digunakan tetapi tidak kalis air.
-           Pastikan permukaan bahan cantuman kering, bersih & tidak berminyak.


























      



*Jika anda menyukai Entry ini, silalah klik 'LIKE' dan 'SHARE' button untuk dikongsi bersama rakan anda di FaceBook~