PENGENALAN KEPADA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
TINGKATAN 1
BAB 1
PENGENALAN REKABENTUK DAN TEKNOLOGI
[1.1  DUNIA REKABENTUK]






1.1.1   DEFINISI REKABENTUK DAN TEKNOLOGI

Takrif Reka Bentuk

Reka bentuk ialah pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan manusia. 

Reka bentuk yang dihasilkan hendaklah berdaya saing dengan produk-produk sedia ada dalam pasaran serta tidak mencemarkan alam sekitar.

Contoh:-
Perubahan reka bentuk basikal




Perubahan reka bentuk Telefon bimbit

----------------------------------------------------


Takrif teknologi

Teknologi ialah pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber semula jadi untuk dijadikan alat, tenaga atau sistem.

Fungsi teknologi adalah untuk memudahkan tugasan manusia.



Reka bentuk dan teknologi

Reka bentuk dan teknologi adalah percambahan idea dalam proses
penyusunan bahan yang dirancang dengan mengaplikasikan sains dan
matematik bagi memudahkan kehidupan manusia.


BIDANG REKA BENTUK 

Terbahagi kepada dua :-

a) KONKRIT

Reka bentuk konkrit merupakan satu bidang yang melibatkan proses mereka bentuk sesuatu produk yang dapat dilihat dan dipegang. Contoh seperti di dalam bidang:-
1) PEMBUATAN
2) MEKANIKAL
3) ELEKTRIKAL
4) ELEKTRONIK
5) MEKATRONIK
6) PERTANIAN
7) MAKANAN
8) FESYEN



b) ABSTRAK

Reka bentuk abstrak melibatkan proses mereka bentuk produk yang boleh dilihat tetapi tidak boleh dipegang. Contoh seperti di dalam bidang:-
a) PERKHIDMATAN
b) KOMUNIKASI




1.1.2     ELEMEN REKA BENTUK

Elemen ialah perkara yang dapat membantu menzahirkan idea seseorang dalam bentuk lukisan atau lakaran.

Bagi menghasilkan satu reka bentuk yang baik, pereka perlu mengubah suai unsur reka bentuk yang dihasilkan sehingga mencapai kehendak pelanggan.

Oleh itu, elemen reka bentuk perlu diketahui dahulu sebelum seseorang memulakan projek mereka bentuk.

Antara elemen reka bentuk yang biasa digunakan ialah :-




A) GARISAN

Garisan ialah cantuman atau sambungan siri titik yang mempunyai ukuran panjang dan jarak.

Terdapat pelbagai jenis garisan iaitu setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri.
Garisan digunakan untuk:-


a) Membahagikan dua ruang kawasan bagi menarik perhatian ke lokasi tertentu.
Contoh seperti pelan lantai bilik tidur dan jadual.


b) Menunjukkan pergerakan arah atau aliran.
Contoh seperti laluan papan tanda.


c) Menunjukkan perhubungan antara elemen.
Contoh seperti gear serong dan gear heliks.


d) Mewakili ketegangan antara dua titik.
Contoh garisan lurus pada tali gitar.


e) Menunjukkan kestabilan dan kerehatan.
Contoh seperti garisan melintang pada batu-bata. 


f) Menunjukkan keseimbangan.

Contohnya garisan menegak pada tali jam.

g) Menunjukkan daya gerakan yang dinamik.
Contoh seperti garisan serong pada kotak.


h) Mewakili gerakan dan tenaga yang berpadu.
Contoh seperti paip air.


i) Menunjukkan objek itu dekat jika garisan tebal digunakan. Garisan nipis atau halus menunjukkan objek itu jauh.





---------------------------------------------------------------------------------------------------------

B) RUPA
Rupa ialah hasil pertemuan antara hujung garisan dengan permulaannya.


Rupa mempunyai permukaan yang rata dan bergarisan di luar sebagai sempadan yang mengelilinginya. ini bermaksud rupa mempunyai ruang kawasan yang berbeza daripada ruang disekeliling dan bersifat 2D (tidak berjisim) serta mempunyai luas.

Terdapat 2 kategori rupa, iaitu:-


1) Rupa Geometri
Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai sudut dan penjuru.


2) Rupa Organik
Rupa organik mempunyai permukaan yang bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus.

















*Jika anda menyukai Entry ini, silalah klik 'LIKE' dan 'SHARE' button untuk dikongsi bersama rakan anda di FaceBook~

DSKP REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 1 2017

DSKP REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 1 2017



DOWNLOAD DSKP RBT TINGKATAN 1 INI          






SUMBER : http://bpk.moe.gov.my/index.php/muat-turun-dokumen/kssm/



*Jika anda menyukai Entry ini, silalah klik 'LIKE' dan 'SHARE' button untuk dikongsi bersama rakan anda di FaceBook~

BAB 1 REKABENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK [KHB TINGKATAN 2]


KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
TINGKATAN 2
BAB 1
REKABENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK
[ FAKTOR REKABENTUK, JENIS BAHAN DAN PENGIKAT ]



PENGENALAN

DIFINISI :-

a) Reka bentuk :
  • Susunan bahan yang dirancang untuk menghasilkan produk.

b) Teknologi :
  • Pengajian dan ilmu pengetahuan dalam usaha untuk mencipta produk.




1.1  9 FAKTOR REKABENTUK

1) Fungsi

  • Reka bentuk mestilah mempunyai tujuan pembinaannya.
  • Reka bentuk mesti mempunyai fungsi utama dan fungsi sampingan.
  • Dapat menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.


2) Rupa Bentuk

  • dapat menarik perhatian pengguna dari segi bentuk, warna, dan  rekaan.
  • dapat menjamin keselesaan dan kesesuaian penggunaannya.


3) Kesesuaian Bahan

  • Pemilihan bahan mestilah sesuai, mudah diperoleh, praktikal, tepat dan tidak melebihi kos yang diperuntukkan.


4) Kaedah Pembinaan

  • Dapat menyelesaikan masalah serta tidak melibatkan proses pembinaan yang rumit.


5) Ketahanan

  • seharusnya menepati tujuan atau fungsi reka bentuk itu dibuat
  • Pengguna yakin akan kekukuhan binaan ketika menggunakan produk tersebut.


6) Kos

  • Berpatutan dengan kos pembuatan dan mampu dibeli dan dimiliki pengguna.


7) Kemasan

  • Pilihan kemasan perlu menarik.
  • Kemasan perlu bersesuaian dengan tujuan penggunaan reka bentuk.


8) Keselamatan

  • Produk yang dihasilkan selamat digunakan,mesra pengguna dan mesra alam.
  • Selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada pengguna.


9) Nilai Komersial

  • Memenuhi cita rasa masa kini dan mampu dipasarkan serta menepati kehendak pasaran. 


1.2  JENIS BAHAN DAN PENGIKAT


1.2.1     BAHAN

a) Alluminium

  • Logam bukan ferus
  • Daripada bijih bauksit

Kegunaan :

  • Sebagai kabel elektrik
  • Pembuatan produk dlm industri pembinaan
  • Pembuatan kapal terbang, kenderaan, mesin & peralatan rumah

Kelebihan :
  • Ringan & tahan karat
  • Lembut, mudah dipotong & dibentuk

Kelemahan :
  • Tidak tahan lasak


b) Keluli Lembut

  • sejenis bahan logam ferus yang dibuat daripada campuran besi dan karbon,mudah dibentuk dan dipotong.
  • terdapat dalam pelbagai bentuk serta ketebalan seperti bentuk kepingan, dawai, batang dan bentuk L.

Kegunaan:
  • untuk membuat skru, paku, jeriji pintu, tiang bangunan dan pelbagai  binaan lain.

Kelebihan :
  • Dapat dipateri dengan menggunakan pemateri logam
  • lebih teguh.

Kelemahan :
  • Mudah berkarat jika tidak disapu dengan cat licau
  • berat


c) Perspek.

  • Sejenis plastik keras dan berkilat
  • Bersih, mudah dipotong dan dibentuk.

Kegunaan:
  • Membuat bekas air 
  • Membuat plat nombor kenderaan dan papan kenyataan 
  • Membuat menutup model 
  • Membuat prototaip 


Kelebihan :

  • ringan
  • permukaan bersih dan tidak tercemar
  • permukaan lebih luas
  • mudah dipotong dan dibentuk.


Kelemahan :

  • tidak kalis haba
  • mudah pecah.



d) PVC (polyvinyl chloride).





  • diperoleh dalam bentuk paip.
  • sejenis bahan yang ringan, tahan karat dan mudah dikendalikan
  • pelbagai Saiz dengan pelbagai ketebalan.
  • disambungkan dengan menggunakan simen pelarut atau glu PVC,

Kegunaan :
  • Membuat salauran dan sambungan paip air, membuat pendawaian elektrik.

Kelebihan :
  • Tidak berkarat
  • Ringan dan mudah dikendalikan
  • Mudah disambungkan dengan menggunakan soket dan simen pelarut
  • mudah dipotong dan dibentuk.

Kelemahan :

  • Tidak tahan panas / haba
  • mudah pecah


1.2.2   JENIS PENGIKAT


a) Ribet


  • sejenis bahan pengikat yang digunakan untuk mencantumkan dua atau Iebih kepingan logam pada rangka projek secara kekal.
  • diperbuat daripada bahan logam yang lembut seperti aluminium atau loyang.
  • Saiz ribet ditentukan oleh panjang dan garis pusat batangnya.
  • Ribet digunakan bersama riveter.



b) Glu Panas


  • bahan pengikat yang digunakan untuk mencantumkan kayu, papan lapis atau perspek.
  • dalam bentuk batang dan mempunyai beberapa saiz.
  • digunakan bersama hot glue gun.
  • Hot glue gun menggunakan bekalan arus elektrik untuk mencairkan batang glu panas.




c) Skru Benam Sendiri.


  • Bahan pengikat untuk mencantumkan kepingan pada rangka atau pemidang projek.
  • Menghasilkan cantuman yang kuat.
  • Cantuman boleh dibuka semula jika berlaku kesilapan pemasangan.
  • Saiz ditentukan oleh panjang dan garis pusat batangnya





SAMBUNGAN TAJUK :

MESIN MUDAH ALIH










*Jika anda menyukai Entry ini, silalah klik 'LIKE' dan 'SHARE' button untuk dikongsi bersama rakan anda di FaceBook~