Showing posts with label Kemahiran Hidup F2. Show all posts
Showing posts with label Kemahiran Hidup F2. Show all posts

BAB 1 REKABENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK [KHB TINGKATAN 2]


KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
TINGKATAN 2
BAB 1
REKABENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK
[ FAKTOR REKABENTUK, JENIS BAHAN DAN PENGIKAT ]



PENGENALAN

DIFINISI :-

a) Reka bentuk :
  • Susunan bahan yang dirancang untuk menghasilkan produk.

b) Teknologi :
  • Pengajian dan ilmu pengetahuan dalam usaha untuk mencipta produk.




1.1  9 FAKTOR REKABENTUK

1) Fungsi

  • Reka bentuk mestilah mempunyai tujuan pembinaannya.
  • Reka bentuk mesti mempunyai fungsi utama dan fungsi sampingan.
  • Dapat menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.


2) Rupa Bentuk

  • dapat menarik perhatian pengguna dari segi bentuk, warna, dan  rekaan.
  • dapat menjamin keselesaan dan kesesuaian penggunaannya.


3) Kesesuaian Bahan

  • Pemilihan bahan mestilah sesuai, mudah diperoleh, praktikal, tepat dan tidak melebihi kos yang diperuntukkan.


4) Kaedah Pembinaan

  • Dapat menyelesaikan masalah serta tidak melibatkan proses pembinaan yang rumit.


5) Ketahanan

  • seharusnya menepati tujuan atau fungsi reka bentuk itu dibuat
  • Pengguna yakin akan kekukuhan binaan ketika menggunakan produk tersebut.


6) Kos

  • Berpatutan dengan kos pembuatan dan mampu dibeli dan dimiliki pengguna.


7) Kemasan

  • Pilihan kemasan perlu menarik.
  • Kemasan perlu bersesuaian dengan tujuan penggunaan reka bentuk.


8) Keselamatan

  • Produk yang dihasilkan selamat digunakan,mesra pengguna dan mesra alam.
  • Selamat dan tidak mendatangkan mudarat kepada pengguna.


9) Nilai Komersial

  • Memenuhi cita rasa masa kini dan mampu dipasarkan serta menepati kehendak pasaran. 


1.2  JENIS BAHAN DAN PENGIKAT


1.2.1     BAHAN

a) Alluminium

  • Logam bukan ferus
  • Daripada bijih bauksit

Kegunaan :

  • Sebagai kabel elektrik
  • Pembuatan produk dlm industri pembinaan
  • Pembuatan kapal terbang, kenderaan, mesin & peralatan rumah

Kelebihan :
  • Ringan & tahan karat
  • Lembut, mudah dipotong & dibentuk

Kelemahan :
  • Tidak tahan lasak


b) Keluli Lembut

  • sejenis bahan logam ferus yang dibuat daripada campuran besi dan karbon,mudah dibentuk dan dipotong.
  • terdapat dalam pelbagai bentuk serta ketebalan seperti bentuk kepingan, dawai, batang dan bentuk L.

Kegunaan:
  • untuk membuat skru, paku, jeriji pintu, tiang bangunan dan pelbagai  binaan lain.

Kelebihan :
  • Dapat dipateri dengan menggunakan pemateri logam
  • lebih teguh.

Kelemahan :
  • Mudah berkarat jika tidak disapu dengan cat licau
  • berat


c) Perspek.

  • Sejenis plastik keras dan berkilat
  • Bersih, mudah dipotong dan dibentuk.

Kegunaan:
  • Membuat bekas air 
  • Membuat plat nombor kenderaan dan papan kenyataan 
  • Membuat menutup model 
  • Membuat prototaip 


Kelebihan :

  • ringan
  • permukaan bersih dan tidak tercemar
  • permukaan lebih luas
  • mudah dipotong dan dibentuk.


Kelemahan :

  • tidak kalis haba
  • mudah pecah.



d) PVC (polyvinyl chloride).





  • diperoleh dalam bentuk paip.
  • sejenis bahan yang ringan, tahan karat dan mudah dikendalikan
  • pelbagai Saiz dengan pelbagai ketebalan.
  • disambungkan dengan menggunakan simen pelarut atau glu PVC,

Kegunaan :
  • Membuat salauran dan sambungan paip air, membuat pendawaian elektrik.

Kelebihan :
  • Tidak berkarat
  • Ringan dan mudah dikendalikan
  • Mudah disambungkan dengan menggunakan soket dan simen pelarut
  • mudah dipotong dan dibentuk.

Kelemahan :

  • Tidak tahan panas / haba
  • mudah pecah


1.2.2   JENIS PENGIKAT


a) Ribet


  • sejenis bahan pengikat yang digunakan untuk mencantumkan dua atau Iebih kepingan logam pada rangka projek secara kekal.
  • diperbuat daripada bahan logam yang lembut seperti aluminium atau loyang.
  • Saiz ribet ditentukan oleh panjang dan garis pusat batangnya.
  • Ribet digunakan bersama riveter.



b) Glu Panas


  • bahan pengikat yang digunakan untuk mencantumkan kayu, papan lapis atau perspek.
  • dalam bentuk batang dan mempunyai beberapa saiz.
  • digunakan bersama hot glue gun.
  • Hot glue gun menggunakan bekalan arus elektrik untuk mencairkan batang glu panas.




c) Skru Benam Sendiri.


  • Bahan pengikat untuk mencantumkan kepingan pada rangka atau pemidang projek.
  • Menghasilkan cantuman yang kuat.
  • Cantuman boleh dibuka semula jika berlaku kesilapan pemasangan.
  • Saiz ditentukan oleh panjang dan garis pusat batangnya





SAMBUNGAN TAJUK :

MESIN MUDAH ALIH










*Jika anda menyukai Entry ini, silalah klik 'LIKE' dan 'SHARE' button untuk dikongsi bersama rakan anda di FaceBook~

BAB 5 TANAMAN HIASAN : PEMASUAN SEMULA [KHB TINGKATAN 2]


KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
TINGKATAN 2
BAB 5
TANAMAN HIASAN
[PEMASUAN SEMULA]



Tujuan memasu semula:-
  1. Memudahkan tanaman hiasan memperoleh nutrien, air dan cahaya matahari.
  2. Membolehkan pasu dialihkan dan dipindahkan dengan mudah.
  3. Memudahkan kerja-kerja penjagaan seperti menyiram, menggembur dan membaja.
  4. Menggantikan pasu lama atau saiz pasu yang tidak sesuai dengan saiz tanaman.


Ciri-ciri tanaman yang perlu pemasuan semula:-



Ciri-ciri pemilihan pasu:-
  1. Saiz pasu hendaklah sesuai dengan saiz pokok yang hendak ditanam.
  2. Mempunyai lubang saliran untuk mengeluarkan air berlebihan dari pasu.
  3. Mudah dibersihkan supaya kelihatan cantik dan menarik.
  4. Menarik, kemas dan ringan supaya pasu mudah dialihkan.


Menyediakan Medium Memasu:-





Langkah-Langkah Memasu Semula:-







Penjagaan Tanaman Hiasan

A. Merumput

  • Aktiviti ini bertujuan membuang rumpai yang tumbuh bersama-sama tanaman hiasan.
  • Rumpai perlu dibuang untuk mengelakkan persaingannya dengan tanaman hiasan bagi memperoleh cahaya, nutrien, air dan ruang.
  • Merumput dapat dilakukan dengan menggunakan tangan atau serampang tangan.

B. Menggembur Tanah
  • Bertujuan melonggarkan medium yang keras supaya akar dapat menyerap air dan nutrien dengan lebih mudah.
  • Medium yang digembur dapat memudahkan akar menembusi dan membaiki pengudaraan tanah.
  • Menggembur dilakukan dengan menggunakan serampang tangan atau sudip.

C. Membaja

  • Tujuan utama membaja ialah membekalkan nutrien kepada tanaman hiasan.
  • Setelah selesai kerja membaja, siramkan tanaman hiasan.
  • Baja yang digunakan terdiri daripada baja organik atau baja kimia.


D. Menyiram
  • Kerja menyiram dilakukan untuk membekalkan air yang mencukupi kepada tanaman.
  • Tanaman perlu disiram sekurang-kurangnya sekali sehari.
  • Siram tanaman dengan menggunakan bekas yang mempunyai muncung yang berlubang halus.

















*Jika anda menyukai Entry ini, silalah klik 'LIKE' dan 'SHARE' button untuk dikongsi bersama rakan anda di FaceBook~