KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
TINGKATAN 2
BAB 5
TANAMAN HIASAN
[PEMASUAN SEMULA]
Menyediakan Medium Memasu:-
Tujuan memasu semula:-
- Memudahkan tanaman hiasan memperoleh nutrien, air dan cahaya matahari.
- Membolehkan pasu dialihkan dan dipindahkan dengan mudah.
- Memudahkan kerja-kerja penjagaan seperti menyiram, menggembur dan membaja.
- Menggantikan pasu lama atau saiz pasu yang tidak sesuai dengan saiz tanaman.
Ciri-ciri tanaman yang perlu pemasuan semula:-
Ciri-ciri pemilihan pasu:-
- Saiz pasu hendaklah sesuai dengan saiz pokok yang hendak ditanam.
- Mempunyai lubang saliran untuk mengeluarkan air berlebihan dari pasu.
- Mudah dibersihkan supaya kelihatan cantik dan menarik.
- Menarik, kemas dan ringan supaya pasu mudah dialihkan.
Menyediakan Medium Memasu:-
Langkah-Langkah Memasu Semula:-
Penjagaan Tanaman Hiasan
A. Merumput
- Aktiviti ini bertujuan membuang rumpai yang tumbuh bersama-sama tanaman hiasan.
- Rumpai perlu dibuang untuk mengelakkan persaingannya dengan tanaman hiasan bagi memperoleh cahaya, nutrien, air dan ruang.
- Merumput dapat dilakukan dengan menggunakan tangan atau serampang tangan.
B. Menggembur Tanah
- Bertujuan melonggarkan medium yang keras supaya akar dapat menyerap air dan nutrien dengan lebih mudah.
- Medium yang digembur dapat memudahkan akar menembusi dan membaiki pengudaraan tanah.
- Menggembur dilakukan dengan menggunakan serampang tangan atau sudip.
C. Membaja
- Tujuan utama membaja ialah membekalkan nutrien kepada tanaman hiasan.
- Setelah selesai kerja membaja, siramkan tanaman hiasan.
- Baja yang digunakan terdiri daripada baja organik atau baja kimia.
D. Menyiram
- Kerja menyiram dilakukan untuk membekalkan air yang mencukupi kepada tanaman.
- Tanaman perlu disiram sekurang-kurangnya sekali sehari.
- Siram tanaman dengan menggunakan bekas yang mempunyai muncung yang berlubang halus.
*Jika anda menyukai Entry ini, silalah klik 'LIKE' dan 'SHARE' button untuk dikongsi bersama rakan anda di FaceBook~