KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
TINGKATAN 1
BAB 4
KERJA PAIP
[ TANGKI SIMBAH DAN PILI ]
D) TANGKI SIMBAH
• terdapat 2 jenis tangki simbah
• tangki simbah aras tinggi dipasang 2 meter dari paras lantai
• tangki simbah aras rendah dipasang 1 meter dari paras lantai
• digunakan untuk menyimpan air dan kemudiannya menyimbah keluar melalui paip simbah untuk membersihkan mangkuktandas
• diperbuat daripada plastik atau tembikar
• boleh menyimpan air sehingga 9 liter
BAHAGIAN UTAMA DAN FUNGSI TANGKI SIMBAH
1. Paip alur masuk (paip agihan)
• membekalkan air masuk ke dalam tangki simbah.
2. Paip alur keluar (paip simbah)
• menyalurkan air keluar dari tangki simbah untuk menyimbah serta membersihkan mangkuk tandas.
3. Paip limpah
• menyalurkan air keluar dari tangki simbah jika berlaku kerosakan pada injap bebola atau pelampung.
4. Injap bebola
• mengawal kemasukan air ke dalam tangki simbah.
5. Pelampung
• terapung di atas permukaan air akan bergerak bersama paras air. Pelampung mengawal paras air dengan menutup dan membuka injap bebola melalui lengan pelampung. Lengan pelambung yang bergerak ke atas menolak omboh dalam injap bebola.
6. Injap gegendang
• mengawal air masuk ke tiub sifon. apabila tuil tarik, injap gegendang akan naik dan membenarkan air masuk ke tuib sifon untuk menyimbah mangkuk tandas.
7. Tuil tarik/tangkai pelepas
• tuil tarik terdapat diluar tangki simbah. apabila mangkuk tandas perlu dicuci, tuil ditarik untuk menyimbah air.
8. Tiub sifon
• menyalurkan air ke paip simbah
OPERASI TANGKI SIMBAH
MENGAWAL ARAS AIR DALAM TANGKI SIMBAH
• kedudukan injap bebola perlu dilaraskan supaya air dalam tangki simbah tidak melebihi paras paip limpah dan melimpah keluar; paras air yang terlalu rendah dan kekurangan air menyebabkan tangki tidak dapat melakukan proses simbahan.
E) PILI
• digunakan untuk mengawal pengaliran air keluar melalui batang paip.
• diperbuat daripada loyang (campuran kuprum dan zink), pili PVC dan pili bersadur kromium.
• terdapat 2 jenis pili iaitu pili berbibir dan pili bertiang.
PILI BERBIBIR
• alur masuk mendatar.
PILI BERTIANG
• alur masuk menegak.
Sambungan :
- Sistem bekalan air di rumah
- Jenis Paip, Penyambung Paip dan Bahan Pemasangan Paip
- Jenis dan Kelengkapan Paip
- Tangki Simbah dan Pili
- Kerja Penyanggaraan
*Jika anda menyukai Entry ini, silalah klik 'LIKE' dan 'SHARE' button untuk dikongsi bersama rakan anda di FaceBook~
14 comments:
Terima kasih :)
thanks for the note. blh tolong utk PT3 ..:)
boleh la sikit2 terima kasih
pls give me more notes
nak cadangkan sikit ,, kalau boleh biar ada gambar berlabel bagi pili bertiang .. hehhe !! please !! :)))
Boleh tolong post kn info pasal tangki limpah? Tq
yay........tapi kurang nota :(
THE BLACK
BLACK FOR ALL
Fxxk u rascals
trima kasih
hey guys winson09 here pls subscribe to Squarion Gaming on youtube, have fun!
masalah tangki takdak ka???
terima kasih
OHHH CHING CHONG THANKA YOUA SO MUCHA BROTHER HOOO CHING CHONG
Thanks and I have a dandy present: Where To Start Renovating House house reno on a budget
Post a Comment